Tarikh |
: 4 Disember 2018 ( Selasa ) |
Masa |
: 8 Pagi - 1 Tengahari |
Lokasi |
: Pejabat Felda Bukit Tembaga ( Bersebelahan PI Bukit Tembaga ) |
Peserta |
: Komuniti Felda |
Tujuan
Program Komuniti Peringkat Rancangan Felda Bukit Tembaga merupakan program tahunan yang dijalankan setiap tahun untuk komuniti felda. Program ini juga hasil kerjasama pejabat-pejabat di dalam felda Bukit Tembaga antaranya Pusat Internet,Klinik Kesihatan dan lain-lain lagi.
Aktiviti
Pemeriksaan tekanan darah,tinggi,berat dan kandungan gula (myhealth) secara percuma dan di selitkan juga dengan taklimat Klik Dengan Bijak.
Tarikh |
: 29 November 2018 ( Khamis ) |
Masa |
: 10 Pagi - 1 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kg Musa |
Peserta |
: Petugas Pusat Internet Padang Terap |
Tujuan
Mesyuarat bulanan bersama DRM iaitu Encik Sahril bagi membincangkan program yang akan datang pada bulan Disember. Selain itu mesyuarat ini juga bagi membincangkan hala tuju Pusat Internet pada tahun 2019.
Aktiviti
Mesyuarat bersama DRM.
Tarikh |
: 26 November 2018 ( Isnin ) |
Masa |
: 10 Pagi - 12.30 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kg Tanjung |
Peserta |
: 5 Orang Pelajar Sekolah |
Tujuan
Kelas asas ICT untuk pelajar sekolah pada musim cuti sekolah. Kelas asas diadakan untuk pelajar menengah dan rendah. Pengenalan asas dilakukan kepada pelajar pelajar yang belum pernah mengikuti kelas.
Aktiviti
Kelas asas ICT merangkumi pengenalan sistem komputer dan asas microsoft word. Selain Itu di wajibkan setiap pelajar yang mengikuti kelas mempunyai e-mel serta menjawab soalan yang berkaitan dengan ICT untuk membolehkan pelajar mendapat sijil kursus.
Tarikh |
: 27 - 28 November 2018 |
Lokasi |
: Hotel Seri Malaysia Perlis |
Anjuran |
: SKMM dan Pejabat Agama |
Peserta |
: Petugas Pusat Internet Wilayah Utara |
Tujuan
Program yang bertujuan untuk memberi kelas kepada guru agama,imam di bawah pejabat agama setiap daerah bagi mendedahkan media sosial kepada golongan ini. Selain itu kursus ini juga bagi memastikan peserta peka terhadap penggunaan media sosial dan mahir menggunakan aplikasi pintar
Aktiviti
Peserta mendengar taklimat dari pegawai SKMM Wilayah Utara.
Tarikh |
: 21 November 2018 ( Rabu ) |
Masa |
: 10 Pagi - 12 Tengahari |
Lokasi |
: Perpustakaan Desa Kg Padang Nyior |
Peserta |
: 30 Orang |
Tujuan
Mesyuarat diadakan bagi membincang serta pemberian tugas untuk kelancaran program yang bakal berlangsung pada bulan Disember iaitu antara pelajar UUM dan komuniti sekitar Padang Terap. Program ini juga menjadi petunjuk aras pelajar UUM dalam komunikasi antara komuniti.
Aktiviti
Mesyuarat dari pelbagai wakil terdiri daripada Pensyarah UUM,Kesihatan,Penghulu Mukim,Ahli Majlis,Perpustakaan,AJK kariah dan Pusat Internet.