Tarikh : 17 / 5 / 2022
Masa : 10 pagi

PEDi Kg Tanjung menyediakan perkhidmatan serta kemudahan mengisi borang secara online bagi memudahkn pasangan Yang ingin berkahwin.

Pendaftaran ini haris diisi secara atas TALIAN melalui pautan e-nilah Yang terdapat di portal sistem pengurusan perkahwinan Islam Malaysia.

Portal tersebut boleh dicapai melalui pautan berikut :
https://www.sspim.gov.my/sspim/home 

 

PERHATIAN !!!

Kepada semua Pengguna,
Sekiranya anda kurang sihat & mempunyai gejala seperti DEMAM / BATUK / SAKIT TEKAK / MUNTAH / CIRIT BIRIT / SELSEMA / SUKAR BERNAFAS, anda dinasihatkan untuk MENANGGUHKAN URUSAN buat sementara di Pusat Ekonomi Digital sebagai langkah Pencegahan kepada Wabak Covid-19.

Terima Kasih atas kerjasama anda.

BannerCovid 19

 

Kerjasama antara Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya mengajak orang ramai untuk menyertai  

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK mengenai Amalan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) di peringkat Kebangsaan 2018. Tema video adalah JOM AMALKAN CARA HIDUP SIHAT!

Mesej video berdasarkan 5 skop amalan cara hidup sihat.

  1. Aktiviti Fizikal
  2. Makan secara sihat
  3. Tidak merokok
  4. Bijak menangani stress
  5. Sihat tanpa alcohol

Sila hantarkan penyertaan lengkap ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 1 September 2018.

Pertandingan Video Pendek 2018

 

Kedah adalah salah sebuah negeri di Malaysia yang berkeluasan 9,426 km2 iaitu 2.9 % daripada keluasan Malaysia. Negeri ini mempunyai 12 daerah dan 133 mukim. Jumlah penduduknya adalah kira-kira 2,044,188 orang berdasarkan maklumat Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kedah. Padang Terap merupakan daerah yang ketiga terbesar di Negeri Kedah iaitu kira – kira 14.39 % yang meliputi kawasan seluas 135684.41 hektar bersamaan 330799 ekar atau 1356.84 km persegi. Lokasinya terletak bersempadanan dengan negara Thailand di utara, sebelah barat bersempadanan dengan daerah Sik dan Pendang.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           [Sumber: Majlis Daerah Padang Terap]

Ahli Parlimen/ ADUN kawasan

Parlimen Padang Terap merangkumi 2 Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Kuala Nerang dan DUN Pedu. Ahli Parlimen Padang Terap ialah Yang Berhormat Nurul Amin Hamid. Manakala ADUN bagi kawasan Kuala Nerang ialah Yang Berhormat Haji Munir bin Zakaria.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Tanjung berada di dalam kawasan DUN Kuala Nerang iaitu di Mukim Padang Terap Kiri di dalam Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Tanjung terletak di tepi jalan utama menghala ke sempadan Malaysia - Thailand iaitu pos sempadan Kota Putera Durian Burung. Daerah Padang Terap mempunyai keluasan 1,357 kilometer persegi. Jarak Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg. Tanjung dari Pekan Kuala Nerang adalah kira-kira 5 km dan jarak daripada bandar Alor Setar mengambil masa lebih kurang 40 minit.

7974_nurul-amin-hamid.jpg

AHLI PARLIMEN Padang Terap (P.07 - PN)

Yang Berhormat Nurul Amin Bin Hamid
Umur : 40 Tahun
Pendidikan:
  • Sarjana Muda (Kepujian) Usuluddin & Dakwah, Universiti Al-Azhar, Mesir (2005-2006)
 

 adun kn

ADUN Kuala Nerang (N.07 - PN)

Yang Berhormat Haji Mohammad Yusoff @ Munir Haji Zakaria
Umur :59 Tahun
Pendidikan: Ijazah Kejuruteraan UiTM