Hutan Lipur Puncak Janing 

Kawasan ini sesuai untuk aktiviti riadah dan perkelahan. Deruan air sungai yang mengundang kedamaian adalah tarikan utama pengunjung kesini. Selain itu, lokasinya yang berhampiran dengan Bandar Kuala Nerang merupakan salah satu faktor utama kedatangan pengunjung kesini. Lokasinya hanya kira-kira 11 kilometer sahaja dari Kuala Nerang. Antara kemudahan yang terdapat di sini adalah tapak perkhemahan dan kem, kawasan untuk aktiviti riadah, dewan minda untuk kemudahan kem, surau, dan tandas awam.

Juga disediakan kawasan bagi aktiviti lasak seperti laluan meredah hutan, laluan basikal bukit, laluan motorsikal lasak dan laluan kereta lasak. Disini juga pernah dianjurkan pelbagai aktiviti. Antaranya, perlumbaan motorsikal lasak, klinik 4x4, 4x4 Royal Kedah Challenge, Sukma dan sebagainya lagi. Kawasan ini juga merupakan kawasan hutan simpan semula jadi yang menyimpan pelbagai khazanah alam semula jadi. Oleh itu, ia bersusuaian dengan pencinta alam yang ingin mencari khazanah alam dan kedamaian disini. Oleh kerana kawasannya yang bersesuaian dan strategik serta pelbagai kemudahan disediakan, ia telah menjadi daya tarikan utama pengunjung ke sini.

     

Tasik Pedu ( Charok Batang Padi )

Merupakan kawasan tasik buatan bagi menampung penjanaan tenaga elektrik hidro. Tasik ini juga merupakan geoekonomi utama bagi daerah Padang Terap dan negeri Kedah. Terkenal dengan keindahan alam semulajadinya. Tasik ini terletak kira-kira 115 kilometer daripada susur keluar Lebuh Raya Utara Selatan Alor Star/ Utara atau kira-kira 40 kilometer dari pekan Kuala Nerang. Kawasan yang jauh dari kesibukan bandar dimana bersesuaian dengan pengunjung yang ingin mencari kedamaian dan ingin menenangkan diri dari kesibukan tugasan seharian.Juga kawasan yang menjadi tumpuan kaki pancing kerana terdapat pelbagai spesis ikan air tawar disini. Sejajar dengan itu, terdapat kemudahan disediakan disini. Antaranya ialah kawasan perkhemahan, bot sewa bagi kaki pancing,rumah bot "houseboat" dan sebagainya lagi. 

    

Kota Putera, Durian Burung

Diklasifikasikan sebagai salah sebuah daya tarikan daerah Padang Terap kerana ianya merupakan pintu sempadan ke dua bagi negara Malaysia dan Thai di negeri Kedah. Kawasan ini merupakan kawasan dagangan bebas cukai ke dua selepas kawasan bebas cukai Bukit Kayu Hitam di daerah Kubang Pasu . Ianya terletak di sebelah Utara daerah Padang Terap iaitu kira-kira 40 kilometer dari Bandar Kuala Nerang.

     

Pusat Minda, Dusun Resort

Salah satu tempat untuk diadakan kem motivasi pelajar di daerah Padang Terap. Ianya juga merupakan salah sebuah pusat latihan bagi Program Latihan Khidmat Negara. Kawasan ini adalah tempat yang paling sesuai diadakan sebarang kem kerana inisiatifnya yang pelbagai. Diantara inisiatif yang disediakan adalah seperti tapak perkemahan, tasik buatan untuk berkayak, laluan lasak, chalet dan sebagainya lagi. Selain itu, persekitarannya seolah berada di kebun buah-buahan akan menggamit memori kepada sesiapa sahaja yang datang kesini.

Jeram Tok Din 

Jeram Tok Din adalah satu nama yang wujud sejak tahun 90-an lagi dan sehingga kini nama tersebut dikekalkan. Pada dahulu kala, tempat peranginan tersebut hanyalah tempat kanak-kanak di kampung tersebut bermain. Pada ketika itu, Jeram Tok Din tidak menjadi tumpuan orang ramai dan hanya menjadi tumpuan orang Kampung di situ sahaja. Sehingga akhir tahun 1992, Raja Muda Kedah telah dibawa melawat dan berkelah di kawasan Jeram tok Din tersebut. Selepas dari itu, nama Jeram Tok Din menjadi popular di sekitar Padang Terap dan kawasan lain di Negeri Kedah.

LOKASI :

Kawasan Kampung Pinang, Jalan Tasik Pedu, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman

KEMUDAHAN : 

-    Tempat Rehat
-    Tempat Riadah

AKTIVITI : 

-    Berakit
-    Berkayak
-    Perkelahan

MAKLUMAT LANJUT :

Sebarang pertanyaan sila hubungi Hj Salleh Bin Ahmad di talian 019-4313678

Air Terjun Seraya 

Tujuh tingkat air terjunya,sesuai untuk berkelah dan aktiviti berkhemah.laluan untuk kesana melalui danai sesuai untuk mereka yang mengemari aktiviti lasak.

Pangkalan Tok Mas

     

Pangkalan Tok Mas telah ditubuhkan oleh Hj Idris Bin Ibrahim atau dikenali dengan nama Pakcik Yeh. Nama Pangkalan Tok Mas adalah sempena dengan nama isterinya. Tempat peranginan tersebut diwujudkan sejak tahun 2007 lagi dan mula beroperasi secara meluas bermula pada awal tahun 2008. Pangkalan Tok Mas tersebut telah dirasmikan oleh Bekas Menteri Besar kedah iaitu Dato' Seri setia Diraja Mahadzir Bin Khalid. Dalam perasmian tersebut sebanyak 3 ekor kambing telah dikorbankan dalam majlis tersebut.

LOKASI :

Jalan pedu, 06300 Kuala Nerang, kedah darul Aman

KEMUDAHAN : 

-    Dewan orang ramai
-    2 bilik tandas
-    5 tempat rehat/riadah
-    Tapak khemah
-    Gelanggang Sepak takraw
-    Padang untuk sukaneka

AKTIVITI :

-    Berkayak
-    Berakit
-    Kem/kursus
-    Sukaneka

ANTARA TEMPAT-TEMPAT MENARIK LAIN DI PADANG TERAP

Air Terjun Perik (Perik Waterfall), Charok Tualang, Empangan Ah Ning (Ah Ning Damp), Gunung Fakir Terbang (Fakir Terbang Mount) dan Desa Utara Resort.