Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:
- 1. Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
- 2. Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
- 3. Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
- 4. Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
- 5. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
- 6. membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.
"Keadaan sempurna fizikal, mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit". Bagi mana-mana organisma, kesihatan ialah satu bentuk homeostasis. Hal ini merupakan satu imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan keluar berada dalam keseimbangan. Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.
Bagi manusia, dengan kemampuan untuk menganalisa dan menjangka, kesihatan adalah lebih daripada itu. Maknanya bukan sahaja semuanya perlu tepat pada masa yang tepat, tetapi pemahaman subjektif penting bagi meneruskan pengimbangan yang sihat. Pemahaman ini datangnya daripada persepsi somatik termasuk sakit dan tidak selesa dan persepsi kognitif. Untuk merasai sihat, seseorang itu perlu merasakan dirinya sihat dan tiada risiko dalaman atau luaran yang boleh mengganggu kesihatannya.
Kawasan di sekitar Mukim Padang Terap Kanan mempunyai sebuah hospital iaitu Hospital Kuala Nerang yang jaraknya lebih kurang 5 km dan juga sebuah Klinik Kesihatan Padang Nyior yang berada di Kampung Padang Nyior. Dengan tertubuhnya institusi ini diharap akan lebih menjamin kesihatan penduduk kampung di sekitarnya.
Hospital Kuala Nerang
Hospital Kuala Nerang telah dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah pada 4 Mac 2002. Ia terletak dalam Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman. Daerah Padang Terap yang merupakan daerah ketiga terbesar meliputi kawasan seluas 2,973.27 km persegi. Kemudahan kesihatan yang ada di daerah ini ialah sebuah hospital, sebuah Pejabat Kesihatan Daerah, 3 buah Klinik Kesihatan, 16 buah Klinik Desa, dan 4 buah klinik swasta.
Hospital Kuala Nerang adalah hospital kerajaan tunggal dalam Daerah Padang Terap. Pembinaan hospital ini telah memberikan kemudahan perkhidmatan rawatan kepada penduduk yang sebelumnya terpaksa mendapatkan rawatan di Alor Setar. Hospital ini memberi perkhidmatan primer dan rawatan pesakit dalam (termasuk semua perkhidmatan sokongan) kepada penduduk Padang Terap.
Hospital ini adalah Hospital Tanpa Pakar dengan kemudahan 4 buah wad (89 katil). Bagi kes yang memerlukan rawatan kepakaran akan dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Namun pada masa ini, Hospital Padang Terap hanya beroperasi menggunakan 3 buah wad dan 72 katil. Hospital ini terletak di atas sebidang tanah seluas 40 ekar dan mula dibina pada Julai 1992. Projek ini di bawah peruntukan ASEAN Development Bank dengan perbelanjaan RM 17.26 juta. Pembinaannya mengambil masa selama 25 bulan dan siap pada Julai 1994.
Hospital Kuala Nerang telah memulakan operasinya pada bulan Oktober 1994. Ia mula beroperasi dengan Unit Pesakit Luar, diikuti dengan wad lelaki dan wad perempuan pada bulan November 1995, dan seterusnya wad bersalin pada Julai 1996.