Tarikh |
: 16 Febuari 2019 ( Sabtu ) |
Masa |
: 7.00 Pagi - 2.00 Petang |
Lokasi |
: Sekolah Kebangsaan Perik |
Peserta |
: Pelajar, Guru Sekolah Kebangsaan Perik, RukunTetangga Perik & Komuniti Kg. Perik |
Tujuan
Program G-Kom " Budaya bersih ke arah kecemerlangan anjuran KRT Kg. Perik telah berjaya diadakan dan mendapat sambutan luar biasa dari komuniti sekitar .Program ini dianjurkan adalah bertujuan untuk membantu penduduk kampung menyelesaikan beberapa permasalahan yang berkaitan dengan kebersihan persekitaran Kampung sekaligus menjurus ke arah usaha membendung penularan wabak denggi di kawasan ini. Pusat Internet Kluster Padang Terap turut mngambil bahagian membuka booth dan menjalankan beberapa aktiviti.
Aktiviti
Pusat Internet Kluster Padang Terap menjalankan aktiviti seperti kuiz KDB, teka silang kata, kira jumlah KDB, pendaftaran ahli, permainan klip kertas terapung di dalam air dan pameran.
Tarikh |
: 13 Febuari 2019 ( Rabu ) |
Masa |
: 12.00 Tengah Hari Hingga 1.00 Petang |
Lokasi |
: Sekolah Kebangsaan Tanjung Piring, Nami |
Peserta |
: Pelajar Dan Guru |
Tujuan
Tujuan taklimat KDB diberikan adalah memberi pendedahan kepada pelajar sekolah mengenai bahaya ketagihan internet sehingga memberikan kesan negatif dalam pembelajaran pelajar. Petugas memberi pendedahan agar pelajar mengenali diri sendiri samada mereka merupakan salah seorang dari tergolong daripada orang yang ketagihan internet dan bagaimana mencegahnya yang boleh membawa kesan yang lebih buruk jika tidak ditangani atau di uruskan dengan sebaiknya.
Aktiviti
Memberi Taklimat mengenai bahaya ketagihan Internet dikalangan pelajar yang boleh membawa kepada kemerosotan prestasi akademik serta kesihatan diri samada mental dan fizikal. Selain itu diadakan juga soalan kuiz untuk para pelajar.
Tarikh |
: 26 Januari 2019 ( Sabtu ) |
Masa |
: 10.00 Pagi Hingga 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Tanjung |
Peserta |
: Penolong Pengurus Pusat Internet Kluster Pdg Terap |
Tujuan
Memberi penekanan isu semasa berkaitan jenayah Internet yang perlu disebarkan kepada komuniti sebagai program advokasi
Aktiviti
Taklimat isu jenayah Internet dan Panduan Keselamatan Penggunaan Internet.
Tarikh |
: 9 Februari 2019 ( Sabtu ) |
Masa |
: 10 Pagi - 12 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kg Tanjung |
Peserta |
: 3 Orang Pelajar |
Tujuan
Memberi pendedahan mengenai media baru iaitu instagram dan kuasa hashtag(#) dalam sesebuah pengiklanan dalam perniagaan. Kuasa hashtag mampu memberi peluang luas kepada pembeli yang mencari produk yang di iklankan.
Aktiviti
Mencipta akaun instagram untuk perniagaan atas talian menggunakan hashtag (#)
Tarikh |
: 25 Januari 2019 ( Jumaat ) |
Masa |
: 10.00 Pagi Hingga 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Belimbing Kanan |
Peserta |
: Pengurus Pusat Internet Kluster Pdg Terap |
Tujuan
Memberi penekanan isu semasa berkaitan jenayah Internet yang perlu disebarkan kepada komuniti sebagai program advokasi
Aktiviti
Taklimat isu jenayah Internet dan Panduan Keselamatan Penggunaan Internet.