Tarikh |
: 9 April 2019 ( Selasa ) |
Masa |
: 2 Petang - 5.30 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kg Musa |
Peserta |
: Petugas Pusat Internet Kluster Padang Terap |
Tujuan
Menambahkan lagi kemahiran petugas dalam menyediakan atau menghasilkan video. Tenaga pengajar dari Pusat komuniti Desa memberi tunjuk ajar bagi menghasilkan video melalui software Movavi.
Aktiviti
Tutorial dan kelas editing video menggunakan aplikasi/software WOVAVI
Tarikh |
: 5 April 2019 ( Jumaat ) |
Masa |
: 9.30 Pagi - 12 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kg Tanjung |
Peserta |
: Pelajar-pelajar sekolah |
Tujuan
Kelas ‘save image’ untuk pelajar yang melakukan kerja khusus. Cara simpanan atau ‘save image’ yang betul memberi gambar yang cantik ketika cetakan.
Aktiviti
Pelajar di ajar cara menyimpan gambar dengan betul.
Tarikh |
: 15 Mac 2019 ( Jumaat ) |
Masa |
: 2.00 Petang - 5.00 Petang |
Tempat |
: Pusat Internet Pekan Naka |
Peserta |
: Komuniti Pekan Naka |
Tujuan
Program Jom Masak ini diadakan bertujuan untuk menunjukkan demo memasak menggunakan peralatan Cuckoo yang sangat sesuai diaplikasikan kepada masyarakat masa kini yang sibuk dengan kerjaya masing-masing. Peralatan berjenama Cuckoo mempunyai pelbagai kegunaan dan terdapat banyak fungsi yang memudahkan kerja-kerja memasak seberapa banyak menu yang kita inginkan seterusnya menjimatkan masa dan tenaga.
Aktiviti
Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) Jenayah Cyber & Over Sharing dan kelas memasak Kari ayam, dodol lemak, kek Pandan dan Nasi beras perang. . Di samping itu, peserta juga di ajar cara berniaga atas talian
Tarikh |
: 24 Mac 2019 ( Ahad ) |
Masa |
: 2.30 Petang - 5.30 Petang |
Lokasi |
: Perkarangan Taman Saujana Kuala Nerang |
Peserta |
: 83 Orang |
Tujuan
Program kluster ini merupakan kesinambungan program advokasi Pusat Internet bersama Perpustakaan Desa,Pejabat Kesihatan Daerah,Belia Padang Terap dengan warga anak-anak yatim disamping meraikan anak-anak yatim yang mendirikan rumah tangga.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya ialah sukaneka,kuiz,mewarna serta penyampaian hadiah untuk anak- anak yatim yang mengambil bahagian.
Tarikh |
: 14 Mac 2019 ( Khamis ) |
Masa |
: 10.00 Pagi - 5.00 Petang |
Lokasi |
: Pejabat Penerangan Daerah Padang Terap |
Peserta |
: Pengurus Pusat Internet Kluster Padang Terap |
Tujuan
Kursus pengucapan awam ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran ketrampilan bertutur dengan membekalkan para peserta kemahiran menggunakan teknik seni bicara, teknik stand, teknik ketrampilan dan bahasa tubuh, teknik vokal yang mantap dan berpengaruh dan teknik penulisan dalam kandungan pengucapan. Bagi peringkat asas kursus ini berlangsung selama 1 hari.
Aktiviti
Taklimat berkenaan modul asas Kursus dan seterusnya peserta diberikan topik dan dikehendaki membuat pembentangan berdasarkan topik yang diberikan.