Tarikh

: 19 September 2018 ( Rabu )

Masa

: 10 Pagi - 1 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kg Tanjung

Peserta

: 16 Orang Peserta PLKN dan Komuniti Setempat

 

Tujuan 

Memberi pendedahan bagaimana mahu memasarkan perniagaan yang berasaskan solekan di samping dapat mempelajari teknik dan cara yang terkini melalui tayangan video.

Aktiviti

Tayangan video melalui 'youtube' dan kelas make up percuma kepada peserta yang hadir 

 

Gambar Di Sini

Tarikh

: 6 September 2018 ( Khamis )

Masa

: 9 Pagi - 1 Tengahari

Lokasi

: Kolej Komuniti Padang Terap

Peserta

: 65 Orang Pelajar

 

Tujuan

Kelas resume dan tatacara yang dijalankan bersama Jabatan Tenaga Kerja iaitu Jobs Malaysia bertujuan mendedahkan pelajar bagaimana menghasilkan resume yang terbaik untuk memohon kerja. Selain itu pelajar juga di ajar tatacara menghadapi temuduga.

Aktiviti

Petugas Pusat Internet membantu pelajar menyediakan resume dengan menggunakan perisian yang terdapat dalam microsoft office serta membantu bagaimana keadah dan cara menghadapi temuduga.

 

Gambar Di Sini

Tarikh

: 5 September 2018 (Rabu)

Masa

: 2.30 Petang - 5.30 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Kg Tanjung

Peserta

: 10 Orang Peserta

 

Tujuan

Program ini bertujuan memberi pendedahan mengenai kursus keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet kepada peserta yang hadir.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung seperti penerangan berkaitan usahawan. Seterusnya, peserta diajar untuk menghasilkan kuih pau yang berasaskan cendawan volvariella.

 

Gambar Di Sini

Tarikh

: 6 September 2018 ( Khamis )

Masa

: 9.30 Pagi - 1 Tengahari

Lokasi

: Pusat Internet Kg Tanjung

Peserta

: 30 Orang Peserta

 

Aktiviti

Program dengan kerjasama Pusat Latihan Khidmat Negara ini mendedahkan peranan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti sekitar khususnya penggunaan platform Internet sebagai medium yang memudahkan pelbagai urusan.

Tujuan

Mengajar petugas dari Pusat Latihan Khidmat Negara untuk mempelajari cara mengendalikan perniagaan melalui atas talian. Antara yang dilakukan ialah cara mempromosi produk usahawan, poster mywall,whatsapp web dan e-rezeki.

 

Gambar Di Sini

Tarikh

: 27 Ogos 2018 ( Ahad )

Masa

: 11 Pagi - 5.30 Petang

Lokasi

: Hadapan Taman Saujana Kuala Nerang

Peserta

: 80 Orang Peserta

 

Tujuan

Program ini  merupakan kerjasama Pusat Internet Kluster Padang Terap bersama Komuniti Setempat, Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Kuala Nerang, Perpustakaan Desa Zon 9, dan Persatuan Belia MAYC Daerah Padang Terap bagi meraikan anak-anak yatim yang terdiri daripada tiga buah rumah anak yatim sekitar Kuala Nerang.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan ialah majlis bacaan yasin dan tahlil beramai-ramai, jamuan makan, acara potong kek bersama-sama anak yatim, sukaneka dan majlis penyampaian hadiah.

 

Gambar Di Sini