Tarikh |
: 13 Ogos 2018 ( Isnin ) |
Masa |
: 2.30 Petang – 5.30 Petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Pekan Naka |
Peserta |
: Komuniti Sekitar pekan Naka |
Tujuan
Kelas E-Usahawan yang diadakan bertujuan membuka peluang perniagaan kepada usahawan sekitar sempena dengan kedatangan musim buah durian di daerah ini. Lambakan buah durian di daerah ini menjadi sumber pendapatan buat usahawan samada di jual secara buah atau kuih muih seperti durian crepe yang mana penghasilannya sangat mudah dan menguntungkan usahawan.
Aktiviti
Kelas masakan penghasilan durian crepe yang dikendalikan oleh petugas Pusat Internet Kampung Tanjung iaitu Cik Wan Suriyani dengan kerjasama Pusat Internet Pekan Naka dan Komuniti setempat.