Perniagaan Online Bunga Telur dari Tisu
Nama |
Siti Zanariah Binti Amir |
Umur |
32 Tahun |
Ahli |
2014 |
Latar belakang
Siti Zanariah berasal dari Gurun dan bekerja serta menetap di Padang Terap hampir 6 tahun telah menjinakkan diri ke bidang perniagaan melalui media social iaitu Instagram dan Facebook. Beliau berjinak dalam perniagaan online kerana ingin menambah pendapatan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mula merupakan seorang pekerja Majlis Daerah Padang Terap. Beliau mengenali petugas Pusat Internet Kampung Tanjung dan mula menjinakkan diri mengikuti khabar dan Kelas anjuran Pusat Internet melaui Facebook dan Instagram. Beliau bermula dengan mendaftar menjadi ahli Pusat Internet pada tahun 2014 dan memasuki Kelas KPBU,Kelas Microsoft Office.
Beliau pernah memasuki Pertandingan Eksplorace yang dianjurkan oleh Pusat Internet.
Seterusnya beliau berjinak dengan perniagaan Bunga Tisu yang dijadikan Bunga Telur.
Beliau mengikuti Kelas Dashboard di mana memuat naik produk ke dalam My Shop.dan seterusnya memasuki Kelas Usahawan dan belajar mempromosikan produk di Facebook serta Instagram.
PENIAGA ‘ONLINE’ MAKANAN TAMBAHAN/SUPPLEMENT
Nama |
: Nor Hidayah Bt Abu Hassan |
Umur |
: 27 Tahun |
Ahli |
: 2012 |
Latar belakang
Puan Nur Hidayah merupakan seorang usahawan muda yg berumur 27 tahun. Beliau tinggal di Alor Setar dan merupakan surirumah sepenuh masa dan seorang anak muda yang menggemari bidang perniagaan secara ‘online’. Beliau juga mempunyai Ijazah dalam bidang pemasaran. Beliau menggunakan medium internet bagi memasarkan produk jualannya. Beliau menceburi bidang bisness online lebih kurang 2 tahun lalu dan perniagaannya mendapat sambutan yang memberangsangkan bukan sahaja di kalangan masyarakat setempat malahan permintaan yang tinggi di luar kawasan.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan sememangnya menggemari bidang perniagaan. Sejak dari zaman sekolah sehingga ke menara gading beliau masih berniaga. Penglibatannya dengan mengikuti kursus keusahawanan telah membuka peluang yang lebih luas dalam bidang perniagaannya dari peringkat bawahan sehingga menjadi stokis untuk produk perniagaannya.
Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Selepas mengikuti program yang telah di anjurkan oleh PI Kg Tanjung beliau telah mahir dalam bidang pemasaran menggunakan internet. Perniagaan beliau bertambah maju dan mendapat sambutan meluas. Program ini berkesan kepada usahawan untuk memasarkan produk secara online dan juga dapat meluaskan jaringan perniagaannya ke seluruh Malaysia melalui laman facebook yang telah pun di hasilkan seterusnya dapat meningkatkan sumber pendapatan beliau. Kini, beliau sangat aktif memasarkan produk berkenaan melalui laman laman sosial seperti Facebook dan whatsapp.
KISAH KEJAYAAN USAHAWAN 2017
USAHAWAN JURUGAMBAR
NAMA : MOHD FIRDAUS BIN HARON
UMUR : 21 TAHUN
AHLI : 2009
Latar belakang
Encik Mohd Firdaus merupakan seorang pekerja di pejabat zakat negeri kedah dan beliau berumur 21 tahun. Beliau tinggal di Kg Tanjung dan merupakan seorang anak muda yang menggemari bidang perniagaan.Beliau menjalankan perniagaan sebagai jurugambar.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum adanya penubuhan Pusat Internet saya kerap ke cybercafé untuk bermain games sahaja. Masa saya yang terluang banyak dihabiskan untuk perkara yang tidak bermanfaat dan saya tidak langsung tahu menggunakan komputer untuk mencari bahan tambahan untuk persekolahan saya. Malahan, saya langsung tidak tahu menggunakan miscrosoft office pada awalnya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas mengikuti program yang telah di anjurkan oleh PI Kg Tanjung beliau telah mahir dalam bidang pemasaran menggunakan internet. Perniagaan beliau bertambah maju dan mendapat sambutan meluas. Program ini berkesan kepada usahawan untuk memasarkan produk secara online dan juga dapat meluaskan jaringan perniagaannya ke seluruh Malaysia melalui laman facebook yang telah pun dihasilkan seterusnya dapat meningkatkan sumber pendapatan beliau. Kini, beliau sangat aktif memasarkan produk berkenaan melalui laman laman sosial seperti Facebook,Instagram dan whatsapp.
USAHAWAN KELULUT
NAMA : NOR AS SIDDIQ BIN JASAK
UMUR : 30 TAHUN
AHLI : 2009
Latar belakang
Nor As Siddiq merupakan seorang usahawan belia dalam bidang penternakkan madu kelulut Daerah Pokok Sena dan Negeri Kedah. Beliau merupakan seorang pengusaha madu kelulut. En Nor As Siddiq telah mengambil inisiatif bagi mengembangkan produk dengan menggunakan media sosial sebagai medan memperkenalkan dan memasarkan perniagaannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum ini beliau hanya memasarkan produk keluaran disekitar negeri kedah sahaja tetapi setelah mendapat tunjuk ajar di pi1m kampung tanjung beliau telah berjaya untuk mengeksport produknya hingga ke luar Negara.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas mengikuti program yang telah di anjurkan oleh PI Kg Tanjung beliau telah mahir dalam bidang pemasaran menggunakan internet. Perniagaan beliau bertambah maju dan mendapat sambutan meluas. Program ini berkesan kepada usahawan untuk memasarkan produk secara online dan juga dapat meluaskan jaringan perniagaannya ke seluruh Malaysia melalui laman facebook yang telah pun dihasilkan seterusnya dapat meningkatkan sumber pendapatan beliau. Kini, beliau sangat aktif memasarkan produk berkenaan melalui laman laman sosial seperti Facebook,Instagram dan whatsapp.
KISAH KEJAYAAN PI KG TANJUNG 2017
Kisah Kejayaan Q1 (2017)
Kisah Kejayaan Q2 (2017)
KISAH KEJAYAAN PI KG TANJUNG 2016
Kisah Kejayaan Q2 (2016)
Kisah Kejayaan Q3 (2016)
Kisah Kejayaan Q4 (2016)
PERNIAGAAN ONLINE MAKEUP MELALUI INSTAGRAM
Nama |
Puteri Aneesa Binti Azhar |
Umur |
16 Tahun |
Ahli |
2015 |
Latar Belakang
Puteri Aneesa seorang pelajar Tingkatan 4 tetapi telah menjinakkan diri ke bidang perniagaan melalui meia social iaitu Instagram. Beliau berjinak dalam perniagaan online kerana selalu mengikuti program yang dianjurkan oleh PI Kg Tanjung sejak berusia 12 tahun lagi.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Sebelum penglibatan PI, beliau sama seperti pelajar lain yang hanya ke sekolah untuk belajar dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk menjana pendapatan sampingan seperti sekarang. Penglibatannya secara tidak sengaja iaitu mengikut kakaknya untuk mengikuti kursus yang yang dianjurkan oleh PI dan kursus tersebut berjaya membuka mindanya untuk cuba menjalankan perniagaan secara atas talian.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Beliau mula menghadiri kelas computer yang dianjurkan dan seterusnya menyertai kursus-kursus yang dibuat di PI anataranya Kelas Make-up,Youtube Grooming sehingga beliau meminati dunia persolekan dan akhirnya beliau menjadi agen dropship alat make-up tanpa mengeluarkan modal.
Halaman 2 dari 2