PENIAGA ‘ONLINE’ MAKANAN TAMBAHAN/SUPPLEMENT
Nama |
: Nor Hidayah Bt Abu Hassan |
Umur |
: 27 Tahun |
Ahli |
: 2012 |
Latar belakang
Puan Nur Hidayah merupakan seorang usahawan muda yg berumur 27 tahun. Beliau tinggal di Alor Setar dan merupakan surirumah sepenuh masa dan seorang anak muda yang menggemari bidang perniagaan secara ‘online’. Beliau juga mempunyai Ijazah dalam bidang pemasaran. Beliau menggunakan medium internet bagi memasarkan produk jualannya. Beliau menceburi bidang bisness online lebih kurang 2 tahun lalu dan perniagaannya mendapat sambutan yang memberangsangkan bukan sahaja di kalangan masyarakat setempat malahan permintaan yang tinggi di luar kawasan.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan sememangnya menggemari bidang perniagaan. Sejak dari zaman sekolah sehingga ke menara gading beliau masih berniaga. Penglibatannya dengan mengikuti kursus keusahawanan telah membuka peluang yang lebih luas dalam bidang perniagaannya dari peringkat bawahan sehingga menjadi stokis untuk produk perniagaannya.
Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Selepas mengikuti program yang telah di anjurkan oleh PI Kg Tanjung beliau telah mahir dalam bidang pemasaran menggunakan internet. Perniagaan beliau bertambah maju dan mendapat sambutan meluas. Program ini berkesan kepada usahawan untuk memasarkan produk secara online dan juga dapat meluaskan jaringan perniagaannya ke seluruh Malaysia melalui laman facebook yang telah pun di hasilkan seterusnya dapat meningkatkan sumber pendapatan beliau. Kini, beliau sangat aktif memasarkan produk berkenaan melalui laman laman sosial seperti Facebook dan whatsapp.