Tarikh

:16 Disember 2022 (Jumaat)

Masa

: 9.30 Pagi - 12.00 tengah hari

Lokasi

: PEDi Kg Musa

Peserta

: Manager 

Tujuan

Tujuan meeting kluster padang terap (Manager) diadakan untuk membincangkan perkara-perkara seperti cadangan utk event-event dan talk akan datang, booth dan talk KDB dan lain-lain. 

Aktiviti

Membincangkan perkara-perkara seperti cadangan utk event-event dan talk akan datang, booth ,talk KDB dan kospen. Mesyuarat juga diadakan  meraikan ketua cluster baru yang dilantik iaitu Puan Nur Shahira Manager PEDi Kg Musa dan serah tugas dari mantan ketua cluster serta ucapan terima kasih cluster kepada beliau Cik Nor Asiah Bt Ahmad Pengurus PEDi Pekan Naka. Selain itu,mesyuarat ini juga membincangkan mengenai Program2 akan datang pada tahun 2023 serta perancangan yg lebih sistematik antara petugas PEDi pada masa akan datang. 

Antara topik yang dibincangkan ialah :

Kutipan duit cluster yang masih dikekalkan,serta duit khairat kematian setiap petugas.

Penggiliran tugas bagi Advokasi (KDB dan Booth)

Kerjasama antara KOSPEN

Barangan cluster

Gambar di sini

Tarikh

:12 Disember 2022 (Isnin)

Masa

: 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: PEDi Kg Tanjung

Peserta

: Komuniti

 

Tujuan

Tujuan Typing Fast adalah salah satu cara menguntungkan bagi orang yang sering beinteraksi dengan komputer. Apalagi di era seperti sekarang, komputer sangat lazim digunakan setiap hari oleh semua orang terutama pelajar dan orang yang bekerja. Kemampuan ini tidak hanya membantu pekerjaan lebih cepat selesai, namun juga melatih kedua tangan agar bisa berjalan selaras dengan kecepatan berpikir otak. Oleh karena itu, kemampuan typing fast bisa dikatakan berharga di era digital ini.

 

Aktiviti

Kelas typing fast diadakan adalah untuk memperkenalkan para pelajar dari sekolah rendah betapa pentingnya menaip dari usia awal. Belajar menaip mengenal huruf di keyboard selain menguji tahap kepantasan menaip pelajar.
✅ penggunaan keyboard
✅ uji mata dan minda ketika menaip
✅mengelakkan rasa bosan kerana masa nya adalah seminit,pelajar akan lebih berusaha untuk mendapat lebih tinggi perkataan menaip dalam seminit. 

Gambar di sini

 

Tarikh

:01 Disember 2022 (Khamis)

Masa

: 3.00 Petang - 5.30 Petang

Lokasi

: PEDi Kg Tanjung

Peserta

: Pelajar Tingkatan 5

 

Tujuan

Pelajar menyiapkan kerja kursus perniagaan yang diberikan oleh guru tingkatan lima. 

Aktiviti

Pelajar menggunakan microsoft word untuk menyiapkan kerja kursus serta mencari rujukan atau contoh rancangan perniagaan di dalam internert untuk menyiapkan kerja kursus masing-masing.

Gambar di sini 

Tarikh

:06 Disember 2022 (Selasa)

Masa

: 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: PEDi Kg Tanjung

Peserta

: Pelajar Tingkatan 4

Tujuan

Pelajar menyiapkan kerja kursus perniagaan yang diberikan oleh guru tingkatan empat. Secara umumnya, Microsoft Word adalah program word processing yang standard digunakan di kebanyakkan komputer. Dengan Word, anda boleh menghasilkan dokumen dan menyelesaikan beberapa fungsi lain berkaitan dengan word processing. Program ini membawa banyak kelebihan yang boleh anda manfaatkan. Perisian ini digunakan untuk membuat, mengedit, dan memformat dokumen bertulis di tempat kerja, di sekolah, dan di rumah. Sebagai contoh, surat formal, resume, artikel dan laporan harian . Pengetahuan peringkat pertengahan dan lanjutan mengenai perisian ini boleh membawa kepada peluang pekerjaan kerana penggunaan Microsoft Word banyak digunakan banyak di tempat kerja.

Aktiviti

Pelajar menggunakan microsoft word untuk menyiapkan kerja kursus serta mencari rujukan atau contoh kerja kursus perniagaan di dalam internert untuk menyiapkan kerja kursus. Selain itu, pelajar di ajar oleh petugas beberapa perkara asas penggunaan microsoft word serta lain-lain yang diminta oleh pelajar. 

Gambar di sini

Tarikh

:21 November 2022 (Isnin)

Masa

: 2.30 Petang - 5.00 Petang

Lokasi

: PEDi Kg Tanjung

Peserta

: Rakan Digital Kluster Padang Terap

Tujuan

Tujuan PEDi Kluster Padang Terap membantu PEDi Kg Pauh dalam persediaan program HBK pada 23 November 2022.HBK adalah sebuah program yang merapatkan PEDi dengan komuniti setempat bagi memastikan segala program yang dilaksanakan mampu mencapai "kesinambungan" agar operasi dan perkhidmatan PEDi terus berjalan mengikut matlamat yang telah ditetapkan. 

Antara objektif yang ingin disasarkan adalah :

Merapatkan Komuniti Dengan PEDi

Menambah Bilangan Ahli PEDi

Mempromosikan Perkhidmatan / Kemudahan di PEDi

Memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti kepada orang ramai.

Aktiviti

Persediaan seperti cenderahati Hari Bersama Komuniti PEDi Kg Pauh, Simpang Empat Perlis telah disiapkan oleh Rakan Digital Kluster Padang Terap bersama staf-staf PEDi Kluster Padang Terap di PEDi Kg Tanjung.

 

Gambar di sini