Tarikh

:08 Februari 2023 (Rabu)

Masa

: 2.00 petang - 3.00 petang

Lokasi

: PEDi Kg Tanjung

Peserta

: Komuniti

Tujuan

Bantuan ini merupakan agihan secara sekaligus (one off) yang diberikan kepada guru agama subjek Diniah mengikut syarat-syarat tertentu.

Aktiviti

Mengemaskini bantuan zakat guru agama.

Gambar di sini

Tarikh

:07 Februari 2023 (Selasa)

Masa

: 09.30 pagi - 1.00 petang

Lokasi

: PEDi Belimbing Kanan

Peserta

: Pengurus Kluster Padang Terap

Tujuan

Tujuannya adalah kemahiran asas untuk merekabentuk grafik digital bagi kegunaan web atau multimedia menggunakan perisian Adobe Photoshop.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan menggunakan peralatan-peralatan dalam Adobe Photoshop untuk tujuan merekabentuk grafik. Selain itu, menggunakan teknik-teknik pengolahan grafik digital yang berkesan dan menghasilkan kerja akhir grafik keformat-format digital yang sesuai. Akhir sekali, mengembangkan kemahiran menghasilkan imej-imej baru.

Gambar di sini

Tarikh

:01 Februari 2023 (Rabu)

Masa

: 9.30 petang - 1.00 petang

Lokasi

: PEDi Kg Tanjung

Peserta

: Komuniti

Tujuan

Tujuan Kaunter Bergerak JPJ diadakan adalah memudahkan orang ramai atau penduduk luar bandar melakukan urusan secara pandu lalu. 

Aktiviti

Pelbagai perkhidmatan telah disediakan kepada komuniti setempat seperti berikut:
• Memperbaharui Lesen Memandu CDL;
• Memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (roadtax);
• Pembayaran Saman (terkini); dan
• Perkhidmatan Pemeriksaan Motosikal Lesen Kenderaan Motor Tamat Tempoh Melebihi 3 tahun.

Gambar di sini

Tarikh

:02 Februari 2023 (Khamis)

Masa

: 10.00 petang - 1.00 petang

Lokasi

: PEDi Kg Tanjung

Peserta

: Penolong Pengurus

Tujuan

Tujuan kelas untuk penolong pengurus baru diadakan adalah untuk memberi pendedahan tugas-tugas penolong pengurus dan lain - lain perkara yang patut diketahui oleh mereka. Selain itu, ini merupakan salah satu cara memberi pencerahan skop kerja mereka. 

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan memberi tunjuk ajar berkaitan Portal, CMS, UMMS(Docket), Kisah kejayaan usahawan dan celik ICT, Mycoms, Billing utiliti bulanan, 5S, menyiarkan aktviti Pedi di media sosial dan lain-lain. 

Gambar di sini

Tarikh

:25 Januari 2023 (Rabu)

Masa

: 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi

: PEDi Kg Tanjung

Peserta

: Komuniti

 

Tujuan

Microsoft PowerPoint ini dijalankan bertujuan mendedahkan dan mendidik serta memahirkan peserta dalam mencipta sesuatu tugasan menggunakan aplikasi Power Point melalui menu-menu yang tersedia di dalam aplikasi berkenaan.  Microsoft PowerPoint adalah aplikasi tersedia yang digunakan untuk membuat pembentangan profesional bagi penyampaian mesej yang berkesan. Terdapat pelbagai fungsi yang boleh didapati di dalam Microsoft PowerPoint antaranya ialah fungsi penyuntingan teks lanjutan, bagaimana membuat grafik, media, animasi serta cara menyesuaikan reka bentuk template dan tayangan slaid. Microsoft PowerPoint merupakan komponen standard bagi perisian yang digabungkan bersama dengan alat produktiviti Office Word, Excel dan lain-lain. Program ini menggunakan slaid untuk menyampaikan maklumat yang kaya dengan multimedia.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan dalam Kelas Microsoft PowerPoint ialah pengajar memperkenalkan asas atau komponen penting dalam Microsoft PowerPoint. Selain itu, membuat pembentangan multimedia yang menarik, memformat dan menyusun atur slaid PowerPoint dan lain-lain. 

Gambar di sini