Tarikh

 28 September 2023 (Khamis)

Masa

 9.00 pagi - 1.00 tengahari

Lokasi

 Masjid Felda Bukit Tembaga

Peserta

 Komuniti

 

Tujuan

Sambutan Maulidur Rasul disambut pada 12 Rabiul Awal tahun Hijrah pada setiap tahun. Sambutan ini bertujuan memupuk rasa cinta dan kasih pada Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.. Aktiviti yang kerap diadakan pada sambutan Maulidur Rasul ialah perarakan yang diiringi dengan selawat keatas Nabi dan ceramah mengenai perjuangan Nabi Muhammad S.A.W.. Pada kali ini, Pusat Ekonomi Digital Internet (PEDi) terlibat dalam program ini dan menyediakan beberapa aktiviti untuk komuniti setempat.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah :

1) Kuiz Puzzle ICT (akt ict)

2) Aktiviti STEM (Individu) - Pemasangan Robotic Solar Car

3)Promosi Pedi Kluster Padang Terap

 

Gambar di sini

 

 

Tarikh

 27 September 2023 (Rabu)

Masa

 10.00 pagi - 1.00 tengahari

Lokasi

 Sekolah Kebangsaan Bukit Payung

Peserta

 Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan

    • Taklimat Klik Dengan Bijak bertajuk BULI SIBER. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk membudayakan penggunaan internet secara positif berterasan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet dan mengajar peserta mengenai kongsi maklumat dengan betul. Taklimat ini disampaikan oleh Puan Wan Suriyani Binti Wan Senu pengurus PEDi Kg Tanjung.

Aktiviti

 

Antara aktiviti yang dijalankan adalah :

1) taklimat Klik Dengan Bijak

2) STEM - Straw Tower

3) Softskill

4) Penyampaian hadiah

 

Gambar di sini

Tarikh

 23 September 2023 (Sabtu)

Masa

 10.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi

 PEDi Kg Tanjung

Peserta

 1 Peserta

 

Tujuan

    • Peserta menyiapkan tugasan pengajian yang diberikan menggunakan Microsoft Word.

 

Aktiviti

  • Peserta diajar cara-cara membuat tugasan mengikut format yang ditetapkan dan cara memindahkan dokumen ke dalam Pendrive untuk simpanan peserta. 

 

Gambar di sini

 

Tarikh

 23 September 2023 (Sabtu)

Masa

 4.15 Petang - 5.15 Petang

Lokasi

 PEDi Kg Tanjung

Peserta

 Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan

Typing Fast adalah salah satu cara untuk menguji kemahiran menaip kita dalam tempoh masa tertentu. Tambahan pada masa sekarang, kemahiran menaip sangat diperlukan seiring dengan perkembangan teknologi sekarang. 

Aktiviti

Kelas typing fast diadakan adalah untuk memperkenalkan para pelajar. Belajar menaip mengenal huruf di keyboard selain menguji tahap kepantasan menaip pelajar.
✅ penggunaan keyboard
✅ uji mata dan minda ketika menaip agar seiring
 

Gambar di sini

Tarikh

 22 September 2023 (Jumaat)

Masa

 10.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi

 PEDi Kg Tanjung

Peserta

 10 Peserta 

 

Tujuan

    • Tujuan kelas ini diadakan untuk membantu komuniti disini memupuk minat membuat roti/bun.

 

Aktiviti

  • Objektif kelas ini diadakan adalah memberi peluang kepada graduan SKM kategori OKU iaitu Aini Dalilah untuk berani membuat kelas dan berkongsi ilmu. Ia bertujuan untuk mengajar teknik-teknik asas membuat roti/bun. Peserta telah diajar 4 jenis roti/bun, tips dan teknik membuat roti/bun yang mudah dan ringkas. Antara roti/bun yang diajar ialah roti sosej, roti sosej bunga, roti kacang merah dan roti butter. Peserta telah membawa pulang hasil roti/bun mereka pada hari tersebut.

 

Gambar di sini