TARIKH  3 OKTOBER 2023 (SELASA)
MASA  2.30 PETANG - 5.00 PETANG
LOKASI  PEDI KG TANJUNG
PESERTA  1 ORANG

 

Tujuan

Copywriting bermaksud sejenis penulisan yang menyatukan elemen sains linguistik dan seni sastera untuk mempromosikan sesuatu. Penjualan secara lisan sahaja agak merugikan kerana tidak memanfaatkan satu cabang teknik jualan melalui copywriting.

Aktiviti

Peserta meminta tunjuk ajar staf PEDi untuk menolong beliau dalam mempromosikan barang dagangannya. Peserta diajar cara-cara mempromosikan dagangannya di laman-laman sosial sedia ada seperti Facebook dan Tik Tok. Selain itu, peserta juga diajar cara penulisan yang menarik agar dapat menarik minat pembaca membeli barang dagangannya. Peserta diajar cara untuk "copywriting" dengan betul.

Gambar di sini

TARIKH  2 OKTOBER 2023 (ISNIN)
MASA  4.00 PETANG - 5.00 PETANG
LOKASI  PEDI KG TANJUNG
PESERTA  1 ORANG

 

Tujuan

Peserta cilik diajar cara menggunakan komputer, mengawal pergerakan tetikus seiring dengan item yang hendak diklik. Peserta diberi tunjuk ajar dan dibimbing oleh staff PEDi.

Aktiviti

Peserta perlu mendengar huruf yang disebut, mengenalpasti huruf di skrin komputer dan mencari jawapan yang betul. 

Gambar di sini

Tarikh

: 29 September 2023 (Jumaat)

Masa

: 3.30 petang - 5.30 petang

Lokasi

: PEDi Kg Tanjung

Peserta

: 6 Peserta 

 

Tujuan

Objektif aktiviti ini adalah

- membantu peserta untuk mengawal pergerakan tangan seiring dengan pemikiran otak

- dapat kurangkan penggunaan gadjet seperti telefon bimbit

- Asah skill peserta untuk melukis

- membantu perkembangan peserta untuk berpikir

 

  • Aktiviti

  • Setiap peserta akan melukis corak diatas sudu. Selepas itu, peserta akan layarkan lukisan itu di atas permukaan air tanpa merosakkan lukisan tersebut.

  • Gambar di sini

 

Tarikh

 29 September 2023 (Jumaat)

Masa

 3.30 petang - 5.30 petang

Lokasi

 PEDi Kg Tanjung

Peserta

 6 Peserta 

 

Tujuan

 

  • KAHOOT merupakan suatu aplikasi kuiz secara online yang dibina oleh tenaga pengajar untuk merangsang minat pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) melalui suasana pembelajaran secara interaktif. Aplikasi ini boleh digunakan melalui pelbagai peranti seperti komputer, laptop, tablet dan telefon pintar.

  • Aktiviti 

  • Peserta diarahkan untuk menjawab kuiz berdasarkan kategori yang dipilih. Soalan akan dipamerkan di skrin utama kelas. Peserta hanya perlu memilih jawapan betul yang dipamerkan pada peranti masing-masing.  

Gambar di sini

Tarikh

: 29 September 2023 (Jumaat)

Masa

: 3.30 petang - 5.30 petang

Lokasi

: PEDi Kg Tanjung

Peserta

: 6 Peserta 

 

Tujuan

  • Aplikasi Quiver menjadikan pembelajaran menyeronokkan dengan menggabungkan pewarnaan fizikal dengan teknologi realiti tambahan yang hebat untuk mencipta pengalaman yang menarik, pendidikan dan ajaib.

  • Aktiviti

  • Peserta diminta untuk mewarna gambar yang diberikan oleh staff PEDi. Selesai mewarna, peserta akan menggabungkan gambar yang diwarna dengan aplikasi Quiver menggunakan tab yang disediakan. Dari situ, peserta dapat melihat gambar yang diwarna itu ada timbul dalam bentuk 3D.

 

Gambar di sini