Secara umumnya, terdapat kepelbagaian Makanan yang menjadi pilihan penduduk di Kedah termasuklah penduduk di daerah Padang Terap, khususnya di Kg Tanjung. Antaranya termasuklah:
1. Ikan Pekasam
Menu ikan pekasam goreng sering menjadi pilihan kebanyakan penduduk di sekitar daerah Padang Terap termasuk Kg Tanjung. Rasanya yang unik dan enak mampu membangkitkan selera sesiapa sahaja yang menikmatinya. Ikan sungai sebagai bahan utama untuk menghasilkan ikan pekasam mudah didapati dari peraih yang sering menangkap ikan di sungai sekitar daerah Padang Terap.