Tarikh |
07 November 2019 |
Masa |
8.00 Pagi - 2.00 Petang |
Lokasi |
Pusat Komuniti Cikgu Hashim, Barokhas |
Peserta |
100 orang |
Tujuan
Program CAKNA kesihatan kerjasama dengan Pejabat Kesihatan, KEMAS, Pusat Internet dan pelbagai agensi untuk mewujudkan komuniti sihat serta dapat mempromosi Pusat Internet.
Aktiviti
Program dijalankan bersama agensi dan ajk terlibat. Sempena program ini berlangsung pelbagai aktiviti yang diadakan antaranya senam robik zumba , mewarna ict kanak-kanak ,pameran daripada agensi, kaunter pemeriksaan kesihatan percuma , taklimat kesihatan , kahoot ict dan juga taklimat klik dengan bijak
Tarikh |
5 November 2019 |
Masa |
3 Petang – 5.30 Petang |
Lokasi |
Pusat Internet Kampung Tanjung |
Peserta |
Belia Wanita |
Tujuan
Latihan keusahawanan - Kelas Wanpaku Sandwich ini adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan baru kepada peserta mengenai makanan viral yang tengah popular sekarang iaitu wanpaku sandwich supaya peserta boleh mengambil peluang berniaga produk baru ini. Selain itu, kursus ini juga dapat mengembangkan minda peserta yang belum mempunyai pekerjaan untuk memulakan perniagaan menggunakan medium whatsapp, facebook dan instagram untuk mengiklankan atau mempromosikan perniagaan mereka.
Aktiviti
Peserta juga diajar untuk memasarkan produk mereka ke dalam aplikasi MyShop
Tarikh |
3 November 2019 |
Masa |
3 Petang – 5 Petang |
Lokasi |
Pusat Internet Kampung Tanjung |
Peserta |
Belia Kampung |
Tujuan
'My Place' digunakan untuk menandakan lokasi-lokasi menarik yang berhampiran dengan Pi seperti kawasan perlancongan, makanan, kemudahan dan sebagainya. Kali ini petugas meminta adik-adik belia menandakan klinik atau hospital yang terdapat di sekitar PI di daerah ini.
Aktiviti
Penggunaan Dashboard Komuniti ‘My Place’.
Tarikh |
4 November 2019 |
Masa |
3 Petang – 5 Petang |
Lokasi |
Pusat Internet Kampung Tanjung |
Peserta |
Pelajar Tingkatan 3 |
Tujuan
Bengkel ini diadakan untuk menambahkan pengetahuan pelajar sekolah mengenai komputer bermula dari asas. Pelajar diajar mengenai komponen input dan output dan bagaimana untuk menyelenggarakannya. Seramai 10 orang pelajar Tingkatan 3 Smk Padang Terap.
Aktiviti
Pelajar memberi penerangan kepada petugas dan petugas membetulkan penerangan yang diberikan oleh pelajar. Pembelajaran komunikasi dua hala dengan pelajar bagi mengetahui mengenai pengetahuan yang mereka ada.
Tarikh |
: 14 Oktober 2019 ( Isnin ) |
Masa |
: 9 Pagi – 1 Tengahari |
Lokasi |
: Dewan Sk Seri Bakti Kampung Rambutan Kuala Nerang |
Peserta |
: 120 Orang Pelajar |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah mengenai internet pada masa kini dan cara menggunakan internet dengan bijak.
Aktiviti
Taklimat berserta tayangan video kepada pelajar.