TARIKH  2 DISEMBER 2023
MASA  2.30 PETANG - 3.30 PETANG
LOKASI  PEDI KG TANJUNG
PESERTA  3 ORANG

 

Tujuan

Kelas ICT memperkenalkan kegunaan komputer kepada pengguna. Microsoft Word adalah program pengolah kata yang memiliki tujuan untuk membuat dokumen teks yang dapat disimpan secara elektronik, dicetak di kertas, atau disimpan dalam format PDF.

Aktiviti

Petugas PEDi memberi penerangan mengenai kegunaan taskbar di aplikasi Microsoft Word. Selain itu, pestugas PEDi memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk membuat surat rasmi.

Gambar di sini

TARIKH  27 NOVEMBER 2023
MASA  11.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI
LOKASI  PEDI KG TANJUNG
PESERTA  1 ORANG

 

Tujuan

STR merupakan program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan yang dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.

Aktiviti

Staff PEDi membantu pengguna untuk mengemaskini maklumat STR secara online dan memuatnaik dokumen menggunakan Whatsapp Web.

Gambar di sini

TARIKH  20 NOVEMBER 2023
MASA  10.00 PAGI - 1.00 PETANG
LOKASI  SK PADANG TERAP
PESERTA  PELAJAR SEKOLAH

 

Tujuan

Pelajar dapat mempelajari mengenai prinsip kestabilan dan struktur dengan membina menara mengunakan straw.

Aktiviti

Setiap kumpulan disediakan bahan-bahan utama pembuatan Straw Tower iaitu Straw dan Masking tape. Setiap kumpulan diminta untuk membina satu Straw Tower dan setiap hasil Straw Tower akan diuji tahap kestabilannya dengan meletakkan beberapa buah buku.

Gambar di sini

TARIKH   22 NOVEMBER 2023
MASA  11.00 PAGI - 2.00 PETANG
LOKASI  SK BUKIT TAMPOI
PESERTA  PELAJAR SEKOLAH

 

Tujuan

  • Taklimat Klik Dengan Bijak bertajuk Kepentingan Internet. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk membudayakan penggunaan internet secara positif berterasan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet dan mengajar peserta mengenai kongsi maklumat dengan betul. Taklimat ini disampaikan oleh Puan Wan Suriyani Binti Wan Senu pengurus PEDi Kg Tanjung.

  • Aktiviti
  • Antara aktiviti yang dijalankan adalah :
  • 1) taklimat Klik Dengan Bijak
  • 2) STEM - 3D Hologram
  • 3) Softskill
  • 4) Penyampaian hadiah

Gambar di sini

 

TARIKH  20 NOVEMBER 2023
MASA  10.00 PAGI - 1.00 PETANG
LOKASI  SK PADANG TERAP
PESERTA  PELAJAR SEKOLAH

 

Tujuan

- memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan

- dapat memberi peluang kepada pelajar untuk tampil berani di hadapan khalayak ramai

Aktiviti

Pelajar dibahagi kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberi satu tajuk dan diarahkan untuk menghuraikan isi-isi dan membentangkan hasil kerja masing-masing.

Gambar di sini