TARIKH | 1 APRIL 2024 |
MASA | 3.00 PETANG |
LOKASI | NADI KG TANJUNG |
PESERTA | 2 ORANG |
Aktiviti
Pengenalan kepada CANVA. Peserta diajar untuk mendaftar akaun canva untuk membolehkan mereka menggunakan canva dengan mudah. Mereka juga diajar bagaimana untuk memilih rekacipta di dalam canva. Petugas NADI juga menerangkan fungsi dalam setiap menu yang ada di dalam aplikasi Canva.
TARIKH | 1 APRIL 2024 |
MASA | 10.00 PAGI - 2.00 PETANG |
LOKASI | NADI KG TANJUNG |
PESERTA | 11 ORANG |
Aktiviti
Kelas Keusahawanan - projek kuih raya. Kelas ini mengajar peserta untuk membuat kuih raya yang mudah dan memerlukan modal yang rendah. Peserta juga dapat belajar cara untuk membungkus kuih raya agar tahan lama.
TARIKH | 29 MAC 2024 |
MASA | 2.00 PETANG |
LOKASI | NADI KG TANJUNG |
PESERTA | 30 ORANG |
Aktiviti
Bubur lambuk adalah satu makanan yang sinonim apabila tiba bulan Ramadhan. Program ini dijalankan secara gotong royong bersama-sama penduduk kampung. Bubur lambuk diedarkan kepada orang ramai.
TARIKH | 30 MAC 2024 |
MASA | 10.45 PAGI |
LOKASI | NADI KG TANJUNG |
PESERTA | 1 ORANG |
Aktiviti
E-Tuition kemahiran mengenal huruf bagi pelajar Prasekolah.
TARIKH | 28 MAC 2024 |
MASA | 2.15 PETANG |
LOKASI | NADI KG TANJUNG |
PESERTA | 1 ORANG |
Aktiviti
Ghost typing adalah permainan pendidikan yang mengajar pengguna untuk menggunakan papan kekunci dengan lebih cekap.