1)MAJLIS GRADUASI KURSUS BAHASA INGGERIS 1MALAYSIA (BI1M)
Tarikh : 30 Oktober 2017 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Belimbing Kanan
Peserta : 30 orang wakil peserta
Tujuan
Program ini diadakan sebagai simbolik penutupan Kursus bahasa Inggeris 1Malaysia (BI1M) yang telah dijalankan kepada lebih 160 orang peserta yang terdiri dalam kalangan penjawat awam, pekerja swasta dan belia. Bengkel ini berperanan memperkasakan Bahasa Inggeris dalam kalangan komuniti sekitar, sekaligus memfokuskan kepada peranan Pusat Internet 1Malaysia sebagai penghubung jaringan perkhidmatan yang memberi banyak manfaat kepada komuniti.
Aktiviti
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pedu, Yang Berhormat Puan Hajah Kama Noriah Binti Haji Ibrahim dijemput menyampaikan sijil kepada wakil peserta yang hadir. Turut bersama pada majlis ini termasuklah pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Utara, media dari SKMM, Pengurus Wilayah Utara MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd., staf serta tenaga pengajar yang bertungkus - lumus mencurahkan ilmu sepanjang program ini dijalankan.
2) PROGRAM KARNIVAL BEST STREET FOOD 3.0 (TAKLIMAT DAN AKTIVITI DASHBOARD KOMUNITI DAN KDB)
Tarikh : 26 hingga 29 Oktober 2017
Masa : 9 pagi - 6 petang
Tempat : Perkarangan Tempat Letak Kereta Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah
Peserta : 70 orang peserta di khemah pameran
Tujuan
Program ini bermatlamat memperkenalkan usahawan yang mengusahakan gerai makanan popular di sekitar negeri Kedah khususnya daerah Pendang dan Padang Terap. Para usahawan ini turut dibantu oleh petugas Pusat Internet 1Malaysia sekitar kawasan khususnya dari segi promosi dan pembangunan pasaran yang seterusnya menjadi tular dalam kalangan penggemar makanan jalanan. Program bersama pelbagai agensi (Forward Kedah selaku penganjur utama) ini turut mendedahkan peranan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti sekitar khususnya dalam menyumbang tenaga bagi menjayakan program berskala besar ini. Pusat Internet 1Malaysia turut memainkan peranan mengetengahkan penggunaan platform pelbagai guna iaitu Dashboard Komuniti (DK). Pendedahan maanfaat ICT diselitkan disamping panduan keselamatan penggunaan Internet bagi mengelakkan berlakunya jenayah Internet.
Aktiviti
Selain pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pengajur utama, petugas Pusat Internet 1Malaysia bersama pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Utara turut mengambil peluang membuat pameran, aktiviti dan pertandingan bagi mempromosikan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia. Antaranya termasuklah promosi dan taklimat Keselamatan Penggunaan Internet (Klik Dengan Bijak), Muat turun aplikasi Dashboard Komuniti (DK) di telefon bimbit, Pertandingan Dam Ular KDB & Dashboard Komuniti, Pemeriksaan Kesihatan Tekanan Darah (My Health) dan promosi e-waste (Kitar Semula Telefon Bimbit Rosak)
Gambar Di Sini
3) PROGRAM AGROBAZAR ONLINE BERSAMA FAMA NEGERI KEDAH
TARIKH : 22 & 23 OCTOBER 2017
MASA : 9.00 PAGI - 4.00 PETANG
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TANJUNG
AGENSI : FAMA NEGERI KEDAH & USAHAWAN PADANG TERAP
TUJUAN
Kursus pemasaran online, untuk memberi pendedahan teknik menggunakan Portal Agrobazaar Online (FAMA)
4) Mesyuarat & Program Lawatan / Walk About YAB MB Kedah ke Padang Terap
Tarikh Mesyuarat : 4 Oktober 2017 (Rabu)
Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Pertanian Daerah Padang Terap
Tarikh Lawatan : 8 Oktober 2017
Tempat : Pekan Naka,Padang Nyior & Nako Nambua
Tujuan |
|
Mesyuarat pelaksanaan program ini memberi peluang kerjasama dengan agensi lain khususnya Majlis Daerah, Jabatan Pertanian dan AJK Kg Padang Nyior dalam menyumbangkan khidmat urusetia dalam program yang dijalankan. Tanggungjawab dalam membantu pelaksanaan program yang diamanahkan mendedahkan peranan Pusat Internet 1Malaysia khususnya untuk membuat liputan sepanjang majlis tersebut. |
|
Aktiviti |
|
|
5) Majlis Penyerahan Projek MSI (Makmal Tisu Culture Pisang dan Orkid)
Majlis Penyerahan Projek MSI (Makmal Tisu Culture Pisang dan Orkid)
Tarikh |
: 2 Oktober 2017 (Isnin) |
Masa |
: 8.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi |
: Bendang Telaga Batu, Kampung Padang Setol |
Peserta |
: 200 orang peserta |
Tujuan |
|
Program ini memberi peluang kerjasama dengan agensi lain khususnya Jabatan Pertanian dalam menyumbangkan khidmat urusetia dalam program yang dijalankan. Aktiviti yang diselitkan mendedahkan peranan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti sekitar khususnya usahawan dalam mempromosikan produk serta tempat menarik di sekitar daerah Padang Terap. |
|
Aktiviti |
|
Petugas Pusat Internet 1Malaysia diberi amanah selaku urusetia yang turut membantu menjayakan majlis selain turut mengambil peluang membuat pameran dan aktiviti bagi mempromosikan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia. |