1) ASYURA PERDANA PADANG TERAP

TARIKH : 30 SEPTEMBER 2017

MASA : 8 PAGI - 1TENGAHARI

TEMPAT : DATARAN TEPI SUNGAI PADANG TERAP

AKTIVITI : Kumpulan peserta Pusat Internet 1Malaysia Kluster Padang Terap mendapat tempat ke-7 (Saguhati) dari 38 kumpulan yang bertanding. (Percubaan pertama dalam pertandingan bersama agensi lain)

Gambar Di sini

2) HARI DASHBOARD KOMUNITI PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TANJUNG 23 SEPTEMBER 2017

Tarikh       : 23 September 2017

Masa         : 9.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi       : Pusat Internet 1Malaysia Kg Tanjung

Peserta      : 52 orang peserta

Tujuan 

Program ini dijalankan bagi mendekatkan Pusat Internet 1Malaysia dengan komuniti sekitar. Petugas dapat memberikan taklimat berkaitan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti sekitar seiring saranan kerajaan untuk mewujudkan masyarakat celik IT. Kempen kesedaran keselamatan internet turut diberi sebagai peringatan bagi mengelakkan masalah jenayah Internet yang sukar dikawal. 

  Aktiviti 

Para peserta diberikan taklimat berkaitan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia, kempen kesedaran penggunaan Internet dan promosi penggunaan laman Dashboard Komuniti sebagai salah satu platform pelbagai guna untuk kegunaan semua golongan masyarakat. Kuiz turut diberikan kepada peserta bagi menguji kefahaman berkaitan penerangan yang diberikan.

Gambar Di sini

3) Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) di UUM, Sintok

TARIKH

: 13-14 SEPTEMBER 2017

MASA

: 9.00 PAGI - 5.00 PETANG

LOKASI

: VARSITY MALL, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA  

  (UUM)

PESERTA

: 50 ORANG PESERTA

Tujuan

Program bersama agensi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ini bertujuan memberi panduan penggunaan Internet dengan bijak bagi mengelakkan masalah jenayah siber yang semakin membimbangkan ketika ini.  

         

Aktiviti

Pameran dan pertandingan kuiz Kahoot IT

Taklimat Klik Dengan Bijak

Sesi bengkel dan soal jawab bersama penganalisis Jenayah, Encik Kamal Affendi.

Gambar Di sini