Tarikh |
: 18 Disember 2019 ( Rabu ) |
Masa |
: 9 Pagi – 1 petang |
Lokasi |
: Dewan Komuniti Felcra Belimbing Tualak |
Peserta |
: Komuniti Felcra Belimbing Tualak |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti pemakanan dan bersukan. Program ini juga menekankan kepada komuniti setempat tentang bahaya penyakit TIBI dan HIV serta langkah-langkah pencegahan.Program ini merupakan kerjasama Pusat Internet bersama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap dan di selitkan juga ceramah dari Pusat Internet.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung seperti Taklimat Klik Dengan Bijak, kuiz teka silang kata, kuiz KDB, sukaneka rakyat, pemeriksaan kesihatan percuma, cabutan nombor bertuah dan banyak lagi acara yang di jalankan oleh para agensi yang terlibat.