LAPORAN AKTIVITI 2018

JANUARI

1) MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM "RINDUMU YA RASULULLAH" JOM BERSELAWAT & DOA UNTUK PALESTIN

TARIKH     : 7 JANUARI 2018 (AHAD)

TEMPAT    : BILIK MESYUARAT SMK NAKA

MASA       : 11 PAGI

PESERTA  : 30 ORANG WAKIL AGENSI DAERAH PADANG TERAP

Tujuan

Perbincangan maklumat program bersama pelbagai agensi bertujuan membentuk kerjasama dalam menjayakan program berskala besar.

Aktiviti

Wakil petugas Pusat Internet 1Malaysia turut dijemput bagi membincangkan perancangan dan pembahagian tugas bagi program yang dirancang bakal berlangsung bermula 25 Januari 2017. Setiap agensi diberikan tugasan mengikut bahagian masing - masing memandangkan pelbagai aktiviti dan pertandingan bakal berlangsung seperti Ceramah Agama, Solat Hajat, Pertandingan Marhaban dan Qasidah sehinggalah Majlis Penyampaian Hadiah dan penutup pada 3 Februari 2018.

Gambar Di Sini

2) MESYUARAT BERSAMA AGENSI UNTUK PROGRAM “RINDUMU YA RASULULLAH”

TARIKH   : 10 JAN 2018 (RABU)

TEMPAT   : BILIK MESYUARAT PEJABAT AGAMA ISLAM PADANG TERAP

MASA      : 9.00 PAGI – 11.00 PAGI

PSERTA   : 20 ORANG WAKIL AGENSI/AHLI MESYUARAT

Tujuan

Perbincangan berkaitan maklumat program bersama pelbagai agensi bertujuan membentuk kerjasama dalam menjayakan program berskala besar.

Aktiviti

3 orang wakil petugas Pusat Internet 1Malaysia turut dijemput bagi membincangkan perancangan dan pembahagian tugas bagi program yang dirancang bakal berlangsung bermula 25 Januari 2017. Setiap agensi diberikan tugasan mengikut bahagian masing - masing memandangkan pelbagai aktiviti dan pertandingan bakal berlangsung seperti Ceramah Agama, Solat Hajat, Pertandingan Marhaban dan Qasidah sehinggalah Majlis Penyampaian Hadiah dan penutup pada 3 Februari 2018.

Gambar Di Sini

3) ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK, DASHBOARD KOMUNITI BERSAMA PELAJAR GIAT MARA

TARIKH   : 18 JANUARI 2018 (KHAMIS)

TEMPAT   : GIAT MARA, KUALA NERANG, KEDAH

MASA      : 8.30 PAGI – 9.30 PAGI

PESERTA : 20 ORANG PESERTA

Tujuan

Program dengan kerjasama Giat Mara ini mendedahkan peranan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti sekitar khususnya penggunaan platform pelbagai guna iaitu Dashboard Komuniti (DK). Pendedahan maanfaat ICT diselitkan disamping panduan keselamatan penggunaan Internet bagi mengelakkan berlakunya jenayah Internet.

Aktiviti

Wakil petugas Pusat Internet 1Malaysia mengambil peluang menjalankan aktiviti dan pertandingan bagi mempromosikan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia. Antaranya termasuklah taklimat dan Bengkel Kesedaran Penggunaan Internet, Dashboard Komuniti dan aktiviti kuiz kahoot ICT.

Gambar Di Sini

4) MESYUARAT BULANAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KLUSTER PADANG TERAP JANUARI 2018

TARIKH   : 18 JANUARI 2018 (KHAMIS)

TEMPAT   : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA BELIMBING KANAN.

MASA      : 11 PAGI – 1 PETANG

PESERTA : 9 ORANG PETUGAS

Tujuan

Perbincangan isu, cadangan dan maklumat program bertujuan membentuk kerjasama dalam menjayakan program berskala besar.

Aktiviti 

9 orang Pengurus Pusat Internet 1Malaysia terlibat bagi membincangkan isu, cadangan dan pembahagian tugas bagi program terdekat, dengan kerjasama pelbagai agensi lain yang bakal berlangsung bermula 25 Januari 2017 sehinggalah Majlis Penyampaian Hadiah dan penutup pada 3 Februari 2018. Program bersama MARA turut dijangka berlangsung pada 10 Februari 2018.

Gambar Di Sini

4) MESYUARAT BERSAMA AGENSI UNTUK PROGRAM "RINDUMU YA RASULULLAH" JOM BERSELAWAT & DOA UNTUK PALESTIN

TARIKH   : 22 JANUARI 2018

TEMPAT   : BILIK MESYUARAT PEJABAT ADUN PEDU, PEKAN NAKA

MASA      : 2.30 PETANG – 5.30 PETANG

PESERTA : 15 ORANG WAKIL/AGENSI

Tujuan

Perbincangan lanjutan berkaitan maklumat program bersama pelbagai agensi bertujuan membentuk kerjasama dalam menjayakan program berskala besar.

Aktiviti

3 orang wakil petugas Pusat Internet 1Malaysia turut dijemput bagi membincangkan perancangan dan pembahagian tugas bagi program yang dirancang bakal berlangsung bermula 25 Januari 2017. Setiap agensi diberikan tugasan mengikut bahagian masing - masing memandangkan pelbagai aktiviti dan pertandingan bakal berlangsung seperti Ceramah Agama, Solat Hajat, Pertandingan Marhaban dan Qasidah sehinggalah Majlis Penyampaian Hadiah dan penutup pada 3 Februari 2018.

Gambar Di Sini

5) RAKAMAN VIDEO PROGRAM PERTANDINGAN SELAWAT DAN MARHABAN

TARIKH     : 25 JANUARI 2018 (KHAMIS)

MASA        : 9.00 MALAM - 12.00 MALAM

LOKASI     : MASJID AL - HIDAYAH, PEKAN NAKA

PESERTA   : 11 KUMPULAN

Tujuan 

Mewujudkan kerjasama bersama agensi terlibat dalam menjayakan program berskala besar.

Aktiviti 

3 orang wakil petugas Pusat Internet 1Malaysia turut dijemput bagi menjalankan rakaman video bagi menfokuskan kepada persembahan Marhaban yang menonjolkan keistimewaan dan bakat yang dimiliki oleh setiap kumpulan yang bertanding. Kepputusan pertandingan bakal diumumkan pada program seterusnya. Pelbagai aktiviti dan pertandingan bakal berlangsung seperti Ceramah Agama, Solat Hajat, Pertandingan Marhaban dan Qasidah sehinggalah Majlis Penyampaian Hadiah dan penutup pada 3 Februari 2018.

Gambar Di Sini

6) KELAS ASAS MIKROSOFT OFFICE WORD

TARIKH    : 27 JANUARI 2018

LOKASI    : BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TANJUNG

MASA       : 10.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI

PESERTA  : 8 ORANG PELAJAR MENENGAH/RENDAH

Tujuan

Memberi pendedahan/ulangkaji semula tentang asas mikrosoft office word kepada pelajar untuk mencari bahan seperti artikel,gambar dan lain-lain melalui  internet.

Aktiviti

8 orang pelajar diberi tugasan iaitu mencari karangan yang bersesuai mengikut persekolahan samada rendah atau menengah dan membuat tugasan seperti "copy,paste,fonts,underline' dan lain- lain lagi dalam mencari bahan pembelajaran yang akan digunakan di sekolah. Pelajar memberi kerjasama yang baik dalam membuat tugasan yang diberi.

Gambar Di Sini