1) RAKAMAN USAHAWAN PI1M DAN PERTANIAN BERSAMA FINAS MALAYSIA
TARIKH : 15 DISEMBER 2017
TEMPAT : LADANG VOLVARIELA KAMPUNG MUSA, PI1M KG MUSA DAN BERAS WANGI KG PADANG BALAI
MASA : 8.30 PAGI - 1.00 TENGAH HARI
AGENSI : PEJABAT PERTANIAN DAERAH PADANG TERAP DAN FINAS MALAYSIA
Tujuan
Pengambaran ini bersama Finas Malaysia dan Pejabat Pertanian Daerah Padang Terap ke lokasi usahawan-usahawan PI1M Cluster Padang Terap iaitu Ladang Volvariela Kampung Musa dan Beras Wangi Kg Padang Balai. Pengambaran juga turut diadakan di PI1M Kg Musa.
Aktiviti
penggambaran video usahawan bersama FINAS dan Pejabat Pertanian Daerah Padang Terap
2) PAMERAN DAN AKTIVITI DASHBOARD KOMUNITI DAN KLIK DENGAN BIJAK PERPUSTAKAAN DESA KG DATUK
TARIKH : 11 DISEMBER 2017
TEMPAT : PERPUSTAKAAN DESA MASJID KAMPUNG DATUK
MASA : 8.30 PAGI – 1 TENGAHARI
PESERTA : 70 ORANG PESERTA
Tujuan
Program anjuran bersama Perpustakaan Desa Masjid Kampung Datuk bertujuan mendekatkan komuniti setempat dengan agensi berkaitan.
Aktiviti
Pihak Perpustakaan Desa telah mengatur pelbagai aktiviti bagi menarik minat pelbagai golongan komuniti pada program ini seperti sukaneka rakyat, pertandingan mewarna dan pameran dari agensi - agensi seperti Klinik Kesihatan, Tabung Haji (TH) dan JPAM. Petugas Pusat Internet 1Malaysia turut mengambil peluang membuat pameran, aktiviti dan pertandingan bagi mempromosikan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia. Antaranya termasuklah Muat turun aplikasi Dashboard Komuniti (DK) di telefon bimbit, Musang Berjanggut dan Pemeriksaan Kesihatan Tekanan Darah (My Health).
3) TAKLIMAT DASHBOARD KOMUNITI DAN KLIK DENGAN BIJAK KEPADA PENGHULU PULAU PINANG
TARIKH : 10 DISEMBER 2017
TEMPAT : JKM TRIGONA AGROFARM
MASA : 11 PAGI – 1 TENGAHARI
PESERTA : 40 ORANG PESERTA
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada komuniti cara menggunakan internet dengan bijak bagi mengelakkan daripada berlakunya jenayah siber pada masa kini. Selain itu, taklimat ini juga menyelitkan tentang perkhidmatan yang di tawarkan di Pusat Internet disamping membantu usahawan tempatan untuk mempromosikan produk hasilan mereka.
Aktiviti
- Taklimat Klik Dengan Bijak
- Kuiz dan penyampaian hadiah
- Sesi soal jawab bersama peserta kursus