1) MAJLIS KESYUKURAN USAHAWAN DAN KLUSTER TERBAIK PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KLUSTER PADANG TERAP 2017
TARIKH |
: 30 NOVEMBER 2017 (KHAMIS) |
MASA |
: 9.00 PAGI - 2.00 PETANG |
LOKASI |
: JKM TRIGONA FARM |
PESERTA |
: 20 ORANG VIP DAN 80 ORANG JEMPUTAN |
Tujuan
Majlis kesyukuran diadakan bagi meraikan pencapaian Usahawan Terbaik dan Kluster Terbaik Pusat Internet 1Malaysia Kluster Padang Terap.
Aktiviti
Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Badrol Hisham Bin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Nerang. Tetamu VIP yang turut hadir termasuklah Encik Nazri Bin Ahmad, wakil kepada Pegawai Daerah, En Yuzaidi Bin Azmi, Pegawai Pertanian daerah Padang Terap, Encik Ismail Bin Othman, Pengarah SKMM Wilayah Utara, Encik Faizal bin Azizan, Ketua Pejabat SKMM Kedah, pegawai - pegawai SKMM NRO, Encik Nik Mohd Nasir Bin Nik Megat, Pengurus Wilayah Utara MSD Digital Intelligence serta ketua - ketua jabatan dari agensi sekitar daerah Padang Terap.
2) PROGRAM 1 KOMUNITI (TAKLIMAT DAN AKTIVITI DASHBOARD KOMUNITI DAN KDB)
TARIKH |
: 28 NOVEMBER 2017 (SELASA) |
MASA |
: 8.00 PAGI - 1.00 TENGAH HARI |
LOKASI |
: PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG PADANG NYIOR |
PESERTA |
: 70 ORANG PESERTA |
3) PROGRAM KAUNTER BERGERAK BERSAMA AGENSI (TAKLIMAT DAN AKTIVITI DASHBOARD KOMUNITI DAN KDB)
TARIKH |
: 23 NOVEMBER 2017 (JUMAAT) |
MASA |
: 8.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI |
LOKASI |
: PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KAMPUNG BELUKAR LUAS |
PESERTA |
: 70 ORANG PESERTA |
Tujuan
Antara objektif yang ingin disasarkan adalah mendekatkan komuniti terutama warga emas dan golongan kurang berkemampuan dalam mendapatkan perkhidmatan di kaunter agensi berkaitan
Mewujudkan kerjasama dengan agensi dalam membantu keperluan komuniti dan mendedahkan peranan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti sekitar khususnya penggunaan platform pelbagai guna iaitu Dashboard Komuniti (DK). Pendedahan maanfaat ICT diselitkan disamping panduan keselamatan penggunaan Internet bagi mengelakkan berlakunya jenayah Internet.
Aktiviti
Program ini mendekatkan komuniti dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Klinik Kesihatan, AADK dan Tabung Haji (TH) yang memberi kemudahan kepada komuniti dalam menyelesaikan pelbagai urusan rasmi. Petugas Pusat Internet 1Malaysia turut mengambil peluang membuat pameran, aktiviti dan pertandingan bagi mempromosikan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia. Antaranya termasuklah Muat turun aplikasi Dashboard Komuniti (DK) di telefon bimbit, Pertandingan Teka Jumlah Guli Dashboard Komuniti, Kuiz ICT / KDB, Pemeriksaan Kesihatan Tekanan Darah (My Health) dan promosi e-waste (Kitar Semula Telefon Bimbit Rosak).
4) ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB) DI UUM, SINTOK
TARIKH |
: 20 NOVEMBER 2017 |
MASA |
: 2.00 PAGI - 5.00 PETANG |
LOKASI |
: PADANG KAWAT, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) |
PESERTA |
: 35 ORANG PESERTA |
Tujuan
Program bersama agensi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ini bertujuan memberi panduan penggunaan Internet dengan bijak bagi mengelakkan masalah jenayah siber yang semakin membimbangkan ketika ini.
Aktiviti
Pameran dan pertandingan kuiz
Taklimat Klik Dengan Bijak
Sesi bengkel dan soal jawab bersama pegawai SKMM NRO, Puan Norazzlina.
5) DASHBOARD KOMUNITI KG TANJUNG
TARIKH : 18 NOVEMBER 2017
MASA : 9.00 PAGI - 1.00 PETANG
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TANJUNG
Tujuan
Program ini dijalankan bagi mendekatkan Pusat Internet 1Malaysia dengan komuniti sekitar. Petugas dapat memberikan taklimat berkaitan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti sekitar seiring saranan kerajaan untuk mewujudkan masyarakat celik IT. Kempen kesedaran keselamatan internet turut diberi sebagai peringatan bagi mengelakkan masalah jenayah Internet yang sukar dikawal.
Aktiviti
Para peserta diberikan taklimat berkaitan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia, kempen kesedaran penggunaan Internet dan promosi penggunaan laman Dashboard Komuniti sebagai salah satu platform pelbagai guna untuk kegunaan semua golongan masyarakat. Kuiz turut diberikan kepada peserta bagi menguji kefahaman berkaitan penerangan yang diberikan.Antara aktiviti yang di jalankan pada hari Dashboard komuniti pi1m bersama 40 pelatih PLKN Dusun Resort.
Sebanyak 8kumpulan di mana setiap kumpulan terdiri 5 orang perlu menyelesaikan tas
1- Apps Download
(markah diberi berapa ramai ahli pi1m yang download dan paling cepat)
2- My Komuniti
- Pengumuman paling kreatif dan cepat di upload
3- My Soal (kotak beracun)
Mencabut task yang di beri dalam kotak yang ada haiwan yang tidak berbahaya dan selesaikn task dalam my soal dengan cepat
4- My Shop
Group akn mencabut task yg diberi antaranya murtabak maggi,deco cupcake,bounquet coklat,bounquet biskut,gubahan bunga, sandwich telur dan sandwich sardin
Tangkap gambar dan upload
5. Confident n sporting
Group akn buat promosi dashboard dan post di instagram pi1m.
6) MESYUARAT PI1M KLUSTER PADANG TERAP
Tarikh : 9 November 2017
Masa : 10 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Belimbing Kanan
Peserta : 8 orang wakil petugas, DRM (MSD Northern Region)
Tujuan
Mesyuarat pembentangan prestasi semasa Pusat Internet 1Malaysia, pelan pelaksanaan program dengan agensi dan lain-lain.
Aktiviti
Mesyuarat dihadiri 8 orang wakil petugas (Pengurus) dari 8 buah Pusat Internet 1Malaysia Cluster Padang Terap. Setiap isu dan cadangan dibincangkan untuk penambahbaikkan serta memastikan kelancaran program Cluster. Turut hadir adalah DRM Pejabat MSD Wilayah Utara, Encik Mohd Sahril Bin Ahmad Rasdi.
7) PROGRAM 1KOMUNITI BERSAMA PELATIH PLKN
Tarikh : 4 November 2017 (Sabtu)
Masa : 8 pagi - 12 tengahari
Lokasi : Perkarangan Masjid Kampung Padang Nyior, Kuala Nerang, Kedah
Peserta : 150 peserta ( 138 pelatih PLKN)
Tujuan
Program dengan kerjasama JKK Kampung Padang Nyior ini mendedahkan peranan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti sekitar khususnya penggunaan platform pelbagai guna iaitu Dashboard Komuniti (DK). Pendedahan maanfaat ICT diselitkan disamping panduan keselamatan penggunaan Internet bagi mengelakkan berlakunya jenayah Internet.
Aktiviti
Selain pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh JKK Kampung Padang Nyior seperti sukan rakyat (sukaneka), petugas Pusat Internet 1Malaysia turut mengambil peluang membuat taklimat, aktiviti dan pertandingan kuiz bagi mempromosikan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia. Antaranya termasuklah Pertandingan Dam Ular KDB / Dashboard Komuniti, taklimat dan Kuiz ICT / KDB.